TycoBlogger Brought to you by TycoBlogger

Jom Ikut

Network Aku

Aku Typo

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Blog

09 March, 2010

Antara RM 1,000,000.00 & CINTA



Anda dan si dia saling menyintai. Sekian lama bersama dalam susah dan senang. Tawa, duka, gembira, sedih. Segalanya dikongsi bersama. Dengan dia, anda rasa bahagia, tenang. Dengan dia, anda rasa diperlukan, dihargai. Dan dengan dia, anda rasakan bahawa memang benar cinta sejati itu wujud.

Fitnah, hasutan dan dengki tidak pernah menggoyahkan cinta anda dan si dia. Bersama dengannya, anda yakini bahawa hidup dan masa depan anda akan dihabiskan bersamanya. Saling berjanji tidak akan berpisah, akan sentiasa bersama dalam apa jua situasi. Saat sedih, dia yang menemani. Saat gembira, dia yang mensyukuri. Ya, sememangnya hanya anda dan si dia yang mengerti cinta kamu berdua.

Dan tiba-tiba, anda diberi tawaran RM 1,000,000.00 tetapi dengan syarat anda perlu meninggalkan dia dan anda tidak boleh memiliki dia untuk selamanya. Anda tidak boleh langsung berhubung dengan dia. Anda hanya ada 2 pilihan. Pilih dia atau RM 1,000,000.00. Manakah yang anda akan pilih?

Adakah benar anda akan memilih dia? Anda sanggup melepaskan RM 1,000,000.00 kerana dia? Atau akhirnya RM 1,000,000.00 yang akan menjadi pilihan anda?


Get this widget

Ini Aku

My photo
Pengarang adalah seorang yang meminati semua yang berkaitan dengan coding, web designing dan software. Mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2005. Juga seorang fasilitator untuk kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Terlibat dalam Seni Silat sebagai jurulatih Seni Silat Lincah Muar dan Rhythmic Martial Arts untuk Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, terlibat juga dalam bidang rawatan homeopati dan seorang perawat sambilan di Pusat Rawatan Budi, Muar. Kini aktif dengan pembikinan website untuk beberapa syarikat dan sedang membina sendiri website percubaan untuk e-store sendiri.

Kategori

Terkini


free counters


Aku Typo™ Design by Insight © 2009